{MARI
BERKONGSI}
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"Orang yang beriman adalah orang yang sanggup tinggalkan tempat
tidurnya untuk bermunajat kepada Allah."
Hari ni, Laila ade cerita pengajaran nak share dekat semua.~Selamat
membaca. :-)
Kepada pembaca yang dirahmati
Allah, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku
di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup
menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan
dunia yang melalaikan.
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah
Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi
keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan
seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan
daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20
tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai
pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan
ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ”
nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah
kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa
kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian
menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di
khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan
kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa
mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan
telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih
dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone
ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis
manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan
kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang
tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun
tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka
pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu
telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para
penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana
kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.
Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga
orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya
mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah
sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu
Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.
Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya
s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam
tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak
akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab
dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh
melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya
masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka
itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam
pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda,
di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu
taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut
kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini,
anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik
yang menjadikan bumi ini.
SubhanaAllah... Renungkanlah.....
No comments:
Post a Comment